Monday, 3 December 2012

End Year School Holiday


سم الله الر حمن الر حيم.
اسلام عليكم



Hi my friends... haha budget da kwan nk baca blog ni.. 
Tak pa- tak pa, nama blog ni pom my life journal... so jadi diari online lah yerr... keep as personal.. ceywaahhh... Haha..





So cuti ni Khai buat apa yarr?? Basiclly dok kampung ja, tak banyak bergerak pom.. banyak menghabiskan di kampung menolong mak ayah dengan kerja-kerja harian.. mengajar adik dalam pelajaran.. dan paling penting sambung belajar ambil lesen.. 

Alhamdulillah semua ini memberi erti yang banyak kepada Khai, walapon takde melancong ke mana-mana tempat, hanya sekadar ziarah dalam negeri sahaja namun pengalaman dan masa bersama keluarga itu yang penting membuatkan hubungan keluarga ini boleh bertambah erat.. Alhamdulillah..

Menjadi anak sulung kepada seorang adik dalam keluarga kecil ini, nampak macam mudah tetapi sebenaenya tidak.. Pengalaman membantu Mak dan Ayah menguruskan keluarga membuat diri Khai lebih matang.. Khai sekarang diberi kepercayaan untuk membuat keputusan sendiri dan bagi pihak ayah.. 

Taktala ayah sibuk di pejabat, Khai mengambil alih tempat ayah untuk menghadiri majlis-majlis kenduri yang jiran-jiran jemput.. Haha.. Dulu kecil-kecil ayah bawa pi tempat kenduri tengok ayah dan jiran-jiran melapah lembu, sekarang Khai sendiri wakil ayah pegi tolong tempat kenduri.. Soal makan minum sekarang juga Khai tetapkan sendri, jika dulu mak akan tanya nak makan apa, Sekarang Khai tetapkan jika mahu masak ataupun beli lauk dari kedai...

Pasal ujian JPJ plak, Khai berjaya dalam ujian motosikal tetapi kandas untuk bahagian 2 dalam ujian JPJ kereta... Haha,.. sangkut kat parking.. entah mengapa, langgaq tiang plak... 
Ada hikamah disebalik apa yang berlaku, mugkin Khai masih belum mampu memandu dengan betul.. Hehe..



Hmm... Tazkirah sikit sebagai halwa jiwa.. perkongsian dari seorang rakan ^^

Taktala cuti menjelma, kita sibuk dengan pelbagai aktivi, ada yang bekerja dan ada yang membantu ibu bapa... apa-apa pon aktiviti kita, jangan sesekali kita melupakan Allah..
Ambil lah masa sejenak untuk kita menghadap Allah di malam hari disamping berusa membaca bahan-bahan Ilmiah untu menambah Ilmu...

Ingatlah bahawa....
Walau diri sering alpa.... 
Walau dibeban segunung dosa....
Walau difikir jauh dari rahmatNya...
Allah tidak pernah melupakan kita...

Berpijak di atas Bumi ciptaan Allah, bernaung di bawah Langit Ilahi pada setiap detik kehidupan di dunia yang sementara ini, marilah kembalikan jiwa ini ke jalan yang diredhai Allah agar kita terlepas dari kecelaruan yang mengikut jiwa pada hari ini... Setelah sekembalinya jiwa ini kepada Allah, barulah kebahgiaan sebenar kita kecapi..
InsyaAllah...



No comments:

Post a Comment