سم الله الر حمن الر حيم.
اسلام عليكم
Dalam cuti ini saya telah mehabiskan beberapa bacaan dari Hilal Asyraf.. Penulisan bukunya amat bagus untuk memberi motivasi kepada kita... Jadi saya ingin berkongsi serba sedikit apa yang saya perolehi daripa buku-bukunya...
Selagi Allah mengurniakan nyawa untuk meneruskan kehidupan,
yang baik ada peluang untuk menjadi jahat,
yang jahat ada peluang untuk menjadi baik,
Maka janganlah yang baik itu merasa takbur dengan kebaikannya, hingga menghina mereka yang masih berlumur dosa,
dan janganlah yang telah melakukan banyak dosa itu kecewa,
hingga tidak mahu lagi berusaha menjadi hamba yang baik kepadaNya.
Yang baik berusaha mengekalkan kebaikannya, mempertingkatkannya lagi,
yang berlumur dosa jangan berhenti berusaha mencuci diri, sesungguhnya harapan itu selalu ada selagi belum mati...
Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai ujian... Diciptakan kita di atas dunia ini untuk diuji, untuk mengharungi ujian dan memilih antara kejayaan abadi atau kesenangan fantasi...
Justeru, apabila kita meninggalkan Allah SWT, ataupun hatta mengisytiharkan perang kepada Allah SWT, itu semua tidak memberikan kesan langsung kepada Allah SWT. Bahkan, yang meruginya adalah kita...
Dan kerugian tidak terhenti setakat di atas dunia... Bahkan berlanjutan hingga ke akhirat... Dan di akhirat itulah nanti, orang yang meninggalkan Allah SWT itu menyedari kerugian mereka yang nyata...
Ke neraka abadi selama-lamanya. Allah SWT sendiri mengiktiraf mereka sebagai yang rugi. Itulah dia rugi yang sebenar-benarnya.
“Katakanlah sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarga mereka di hari kiamat kelak. Dan ingatlah yang demikian itulah kerugian yang nyata” Surah Az-Zumar ayat 15.
Kita perhatikan pula sabda Rasulullah SAW:
“Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir.
Kita tidak sedar akan hal ini. Kadangkala, kita fikir dosa itu satu perkara lain. Akan masuk ke dalam satu ‘akaun bank’ yang lain. Yang terpisah. Tidak. Tidak dan tidak.
Dosa ini akan masuk ke dalam ‘akaun bank’ yang sama. Ibarat virus. Menjalar dan memusnah, memadamkan pahala-pahala, dan menggelapkan jiwa... Seterusnya jika tidak dihalang, jika tidak dicuci dan dibersihkan, bukan sahaja akan merosakkan hati, tetapi juga sikap, akhlak, dan peribadi....
Kerana amalan, adalah apa yang menterjemahkan hati.
Kita akan jadi malas beribadah. Kita akan mula rasa jauh daripada Allah SWT, seakan-akan Allah tidak melihat kerja-kerja kita. Kita akan mula rasa cepat penat melakukan kebaikan. Kita akan cepat rasa marah. Cepat berputus asa. Cepat kecewa. Kerana dosa telah menghijab kita daripada Allah SWT...
Janganlah kita putus harapan dalam kembara mencari Redha Ilahi, sesungguhnya Allah itu dekat sangat...
Sebanyak mana pom DOSA kita, Sejahat mana pom kita, Kita ni hamba Allah...
Selagi masih hidup pintu taubat masih terbuka... Allah panjangkan umur kita kerana dia sayangkan kita...
Dia mahu Hambanya kembali kepadaNya dalam keadaan suci bersih dan beriman kepadaNya...
Jadi ambillah peluang ini, kerana kita tidak tahu bila ajal kita akan menjelma..
boleh jadi sebentar lagi... boleh jadi malam ini... tiada siapa yang tahu kecuali Allah...
Berdoalah kepada Allah sesungguhnya Allah akan perkenankan doamu.... InsyaAllah
Dr Mohd Asri Zainal Abidin - Taubat Seorang Hamba