Sunday, 21 October 2012

Memorial Of Weekends


سم الله الر حمن الر حيم.
اسلام عليكم


So, Its already Sunday tomorrow... and weekends also come toward the end.. Haha
However I had many greats time with my friends during this weekends although economic crisis had become major problem for many of us including me.. Haha..
Maklumlah hujung2 sem ni, pitih habih sokmo dah...

Hari sabtu, Kai berpeluang bersiar-siar ke Alamanda bersama 'anak sedara' tersayang.. Azie.. Awalnya memang merancang nak pergi makan McD, tetapi alang siap tengok wayang lagi...

lunch at McD : Double Mc Chicken 

Banyak-bayak cerita yang ada kt GSC ari tu, Kai pilih nak tengok cerita Taken 2.. Even Kai tak tengok Taken 1, tetapi saja nak try tengok sebab rasa macam best je.. haha... Dan memang best pom sebenarnya..  Certia Action yang bekisarkan seorang bekas Agent CIA yang juga seorang ketua keluarga kepada isteri dan seorang anak perempuannya.. Cerita ni menarik sebab bekas agent CIA ni masih handal dalam mengatasi setiap masalah yang ditimpanya. Cerita ingin mengisarkan berkenaan seorang pengganas Islam yang ingin membalas dendam terhadap kematian anaknya. Dalam cerita Taken 1, pengganas berkenaan telah menculik anak CIA tersebut namun  dia telah diselamatkan oleh bapanya,  CIA Bryan Mills (Neeson). Kali ini mereka menasarankan  Bryan dan bekas isteri, Lenore (Famke Janssen). Apa yang Kai tidak suka dari filem ini, adalah:
Secara obiviousnya watak pengganas tersebut dilabelkan sebagai orang islam Istambul.. 
Azan berkumandang semasa saat-saat cemas di kota Istambul..
Filem ini juga agak stereotype dengan menayangkan kehidupan masyarakat Islam yang mundur dan penganas.
Namun apa yang boleh diambil dari filem ini adalah value menepati masa dan kasih sayang seorang ayah yang ingin menjaga keluarganya..



Pada sebelah malam pula, Kai berepluang menyaksikan perlawanan akhir Kelantan menentang ATM di kaca TV sebuah restoran. Haha.. Kai serta kawan-kawan sempat menonton  sehingga ke akhir perlawanan tersebut.. Macam-macam gelagat pemain kedua-dua pasukan dapat dilihat apabila satu demi satu goal di kejar. Goal pertama di score oleh pasukan kelantan, namun beberapa minit kemudian ATM membuat goal persamaan.. Perlawan terus berlangsung dengan keputusan seri 2 sama sehingga akhir perlwanan.. Pada masa tambahan 30 minit, pasukan kelantan telah membuat satu jaringan yang memeri kemenangan kpd pasukan tersebut.. Alhamdulillah, juara milik Kelantan.. sekalung Tahniah buat Red Warrior.. 
Ni lah wajah-wajah tentera Vietnam yang menyokong ATM
Hok ni, puteri-puteri Red Warrior.. yang celup pom ado jugok.. Haha

Pada hari Ahad pula, Kai ada perlawanan persahabatam Futsal dengan abang usrah Al-akh Ammar Termizi di sport center, USJ subang Jaya.. Kami pergi dengan kekuatan 8 orang menaiki dua buah kereta bersama seorang rakan abang Ammar.. Alhamdulillah disamping berpeluang bermain futsal, kami juga dapat merapatkan ukhuwah dan mendapats sedikit sebanyak ilmu yang dikongsikan oleh rakan-rakan usrah abang Ammar ketika disana...

Futsal pertama anjuran Belia IKRAM Subang Jaya tahun ini. We make it regular yeah!

Kalo boleh Kai nak extend weekend ni tapi apakah daya tanggungjawab sebagai seorang pelajar harus diteruskan... Mood maslas nak ke kolej :(

Anyway: Happy Besday kepada adik aq, Maman diatas ulang tahun kelahiran ke 19 tahun.. Maaflah abng ko ni x dpt nak sambut meriah-meriah sebab faktor keewangan yang tidak stabil.. Hanya doa mampu dikirimkan ketika sujud kepada Ilahi.. :)


No comments:

Post a Comment