Sunday, 28 October 2012

Here Its Comes ~~


سم الله الر حمن الر حيم.
اسلام عليكم

اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، وَلِلّهِ الْحَمْدِ

Well I think it still not to late to wish you all Salam Eid Adha,Kullu A'am wa antum bi khair
Although the exam is just around the conner, I make a decision to return hometown and celebrate the Raya with my family..
Its was a moderate celebration with a Qurban in first day. This year father had arrange few parts of cow to be Qurban. Qurban was held each year on Hari Raya Haji as a remembrance  for the great sacrifice Nabi Ibrahim As. and Allah had said in Quran for all muslim to do Qurban for their 4 legs livestock and distribute it for the poor..

   One of the cow for Qurban ''Menghabiskan sakibaki masa didunia sebelum menuju ke syurga''

 Raya with my family - I'm copy cat of my father.. lol

With my beloved mother....


anyways.. I'm gonna seat for exam for the whole weeks starting from tomorrow and I'm not prepared yet.. Hahhaa

Sunday, 21 October 2012

Memorial Of Weekends


سم الله الر حمن الر حيم.
اسلام عليكم


So, Its already Sunday tomorrow... and weekends also come toward the end.. Haha
However I had many greats time with my friends during this weekends although economic crisis had become major problem for many of us including me.. Haha..
Maklumlah hujung2 sem ni, pitih habih sokmo dah...

Hari sabtu, Kai berpeluang bersiar-siar ke Alamanda bersama 'anak sedara' tersayang.. Azie.. Awalnya memang merancang nak pergi makan McD, tetapi alang siap tengok wayang lagi...

lunch at McD : Double Mc Chicken 

Banyak-bayak cerita yang ada kt GSC ari tu, Kai pilih nak tengok cerita Taken 2.. Even Kai tak tengok Taken 1, tetapi saja nak try tengok sebab rasa macam best je.. haha... Dan memang best pom sebenarnya..  Certia Action yang bekisarkan seorang bekas Agent CIA yang juga seorang ketua keluarga kepada isteri dan seorang anak perempuannya.. Cerita ni menarik sebab bekas agent CIA ni masih handal dalam mengatasi setiap masalah yang ditimpanya. Cerita ingin mengisarkan berkenaan seorang pengganas Islam yang ingin membalas dendam terhadap kematian anaknya. Dalam cerita Taken 1, pengganas berkenaan telah menculik anak CIA tersebut namun  dia telah diselamatkan oleh bapanya,  CIA Bryan Mills (Neeson). Kali ini mereka menasarankan  Bryan dan bekas isteri, Lenore (Famke Janssen). Apa yang Kai tidak suka dari filem ini, adalah:
Secara obiviousnya watak pengganas tersebut dilabelkan sebagai orang islam Istambul.. 
Azan berkumandang semasa saat-saat cemas di kota Istambul..
Filem ini juga agak stereotype dengan menayangkan kehidupan masyarakat Islam yang mundur dan penganas.
Namun apa yang boleh diambil dari filem ini adalah value menepati masa dan kasih sayang seorang ayah yang ingin menjaga keluarganya..



Pada sebelah malam pula, Kai berepluang menyaksikan perlawanan akhir Kelantan menentang ATM di kaca TV sebuah restoran. Haha.. Kai serta kawan-kawan sempat menonton  sehingga ke akhir perlawanan tersebut.. Macam-macam gelagat pemain kedua-dua pasukan dapat dilihat apabila satu demi satu goal di kejar. Goal pertama di score oleh pasukan kelantan, namun beberapa minit kemudian ATM membuat goal persamaan.. Perlawan terus berlangsung dengan keputusan seri 2 sama sehingga akhir perlwanan.. Pada masa tambahan 30 minit, pasukan kelantan telah membuat satu jaringan yang memeri kemenangan kpd pasukan tersebut.. Alhamdulillah, juara milik Kelantan.. sekalung Tahniah buat Red Warrior.. 
Ni lah wajah-wajah tentera Vietnam yang menyokong ATM
Hok ni, puteri-puteri Red Warrior.. yang celup pom ado jugok.. Haha

Pada hari Ahad pula, Kai ada perlawanan persahabatam Futsal dengan abang usrah Al-akh Ammar Termizi di sport center, USJ subang Jaya.. Kami pergi dengan kekuatan 8 orang menaiki dua buah kereta bersama seorang rakan abang Ammar.. Alhamdulillah disamping berpeluang bermain futsal, kami juga dapat merapatkan ukhuwah dan mendapats sedikit sebanyak ilmu yang dikongsikan oleh rakan-rakan usrah abang Ammar ketika disana...

Futsal pertama anjuran Belia IKRAM Subang Jaya tahun ini. We make it regular yeah!

Kalo boleh Kai nak extend weekend ni tapi apakah daya tanggungjawab sebagai seorang pelajar harus diteruskan... Mood maslas nak ke kolej :(

Anyway: Happy Besday kepada adik aq, Maman diatas ulang tahun kelahiran ke 19 tahun.. Maaflah abng ko ni x dpt nak sambut meriah-meriah sebab faktor keewangan yang tidak stabil.. Hanya doa mampu dikirimkan ketika sujud kepada Ilahi.. :)


Friday, 19 October 2012

Starting of Great Weekends



سم الله الر حمن الر حيم.
اسلام عليكم


Finally its Weekends right after very long long long busy weekdays.. Hmm..
Many event had occurs in this week, assignment submission weeks, replace class week, Muet Speaking Test, ENG Final Presentation on Grammar, 'Solat Hajat dan Bacaan Yassin' and Visitor from Uzbekistan..

En Tahir sedang memberi sepatah dua kata

Majlis solat hajat sebagai persedian untuk menghadapi peperiksaan akhir Semester 3. Dihadiri ustaz daripada bekas pensyarah IPBA. ''biarlah orang nak kata, hari jumaat sahaja baru kita nak baca Yassin, dekat dengan exam baru nak baca Yassin, baru nak buat air Yassin, yang penting kita buat.. lagi bagus daripada orang yang tak buat langsung...." - kata-kata ustaz tersebut... Turut hadir dalam Majlis adalah abang usrah kami, abang Ammar.. Selepas tamat majlis barulah sambung usrah di rumah...

Dan hari ni, Kirkby didatangi oleh pelawat-pelawat dari Uzbekistan yang kurang fasih berbahasa asing. Haha, diaorang siap guna khidmat translator untuk berkomunikasi. Kai ditugaskan untuk bermain kompang, sebab tangan ni bukanlah seorang artis maka macam-macam masalah ketika bermain.. sekejap laju sekejap perlahan.. Haha.. Kai memang takde bakat dalam seni muzik. 

Ziera lagi tinggi dari Maman sebab ari ni.. haha


Nek Lyana kena pegang bunga mangar, muda nek ari ni... hehe


Pijie and Jia dengan silatnya...


Yaya dengan Zapinnya


Ehmm?


Ehmm... taktala keyboard ditekan ni, hujan sedang renyai-renyai di luar.. Maghrib baru sahaja berlalu.. Baru ja tadi meet with her as she going home.. Thanks to her sebab agree with my suggestion.. Haha.. pecah tradisini kali ni.. I will bought the best using those pitih yer.. Sorry for late giving those chocolate that I promise before.. haha.. 


enjoy your weekends :)



Wednesday, 17 October 2012

Done A Part



سم الله الر حمن الر حيم.
اسلام عليكم

Alhamdulillah, I'm finally done with my final presentation on Grammar for this foundation program.. 
Pheww.. that was the only presentation I put too much effort on it to get it the best from me..
Haha... I might not have extra teaching aid or songs or even video for my presentation, but I put whole effort on my slide with visual aid and animation.

Time management is one of highlighted criteria for the assignment, I need do get the teaching done for the maximum 10 minutes... My topic is about Adverb..
My concern for the presentation is the audience understanding on what I taught not all the extra teaching aid or fancy slide.. 

Although it might not interesting teaching compared to other, but I manage to get it done with my own efforts.. So, I deserve what I have struggle for.. Haha


Well another task is coming, MUET speaking for tomorrow with yaya, cek ting, kak yan and hopefully we can get full practice for tonight with all group members..
All the best for us, hehehe...

 Delightful faces right after the presentation.. :) 
credits to Hazirah as camerawomen and Sasniza for the camera & editing

Tuesday, 16 October 2012

Dunia Hanyalah Satu Persingahan


سم الله الر حمن الر حيم.
اسلام عليكم



Semalam baru berbicara pasal hayat hidup kita di dunia ini... 
Kai ada memetik kata-kata seorang sahabat lama bahawa, hayat kita di dunia seketika sahaja waktunya..
Ia umpama waktu senggang di antara azan dan solat...

"Kita lahir disambut dengan azan . Apabila kita mati kita di solatkan .Alangkah pendeknya hidup kita jika hidup kita antara azan dan solat.."

Jika di fikirkan sejenak, memuhasabah diri ini... benarlah ungkapan di atas.... Hayat kita di antara azan dan solat sahaja...

Pada petang yang bergerimis ini, seorang bapa saudara saya yang saya kasihi telah kembali ke Rahmatullah dalam satu kemalangan jalan raya...
Allah lebih meyayangi hambaNya itu...

Kematian satu kepastian. Ketetapan yang jika telah datang waktunya, tak satu pun makhluk yang mampu menangguhkannya..Kematian ini ada dua jenis:

·         Husnul Khatimah (Penamat yang baik)


·         Su’ul Khatimah (Penamat yang buruk)



Mati secara husnul khatimah, yakni suatu kematian dalam keadaan beriman kepada Allah, dengan kehidupannya yang dedikasi mengikuti segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Mati secara su’ul khatimah pula ialah mati dalam keadaan ingkar kepada Allah, dengan kehidupannya yang ingkar kepada perintah Allah dan melakukan segala yang Allah larang. 


Jika kita, kita mahu mati yang bagaimana? Hidup itu memang, mati itu pasti. Adakah kita yakin kita boleh bernafas pada keesokan hari dan berbangga akan dosa pada hari ini? Kai tinggalkan persoalan ini buat semua agar kita mampu untuk bermuhasabah diri. Moga iman dan amal tertingkat demi meraih pengakhiran yang baik (husnul khatimah). 

Al-Fatihah buat Allahyarham.... 


Satu nasyid yang mungkin boleh kita bermuhasabah diri...


Monday, 15 October 2012

Craving for McD


سم الله الر حمن الر حيم.
اسلام عليكم


I don't know why... But I keep dreaming for this burger for few days...


Kai mengidam nak makan burger ni mengalahkan orang nak beranak, siap post kat twitter, facebook, skype, cubie, whatsapps, tumblr, blog dan mana-mana lagi application yang support status update..

Ada kenderaan, tapi entahla, malas nak bergerak untuk pergi beli.. Mengharapkan belas kesian orang sahaja..
Orag Putih kata ''building sand castle in the air''.. tapi Kai cakap "Eating McD in the air''..
Yes.... benda tu mustahil nak happen, 'Miracle'?? 
Even pepatah melayu mengatakan yang bulat takkan datang bergolek, yang ringan takkan datang melayang menunjukkan takkan ada hasil tanpa usahanya.

Namun, nasib baiklah Kai ada kawan yang baik hati, sudi membeli burger McD sebagai breakfast pagi ni.. Alhamdulillah, semoga Allah berkati jasa baik kalian...

Tapi kejadian tadi bukanlah bermaksud "Eating McD in the Air" is possible...
Sebab orang lain yang usahakan bagi pihak saya, jadi full creadits kepada sahabat saya itu...


Seiring dengan situasi Kai teringat akan perkataan...


Bagi yang  ingin mengatahui tahu ertinya, man jadda wa jada bererti sesiapa bersungguh-sungguh pasti dapat. Setahu Kai, ini bukanlah hadis, tetapi sejenis pepatah Arab yang mengandungi makna yang mendalam...

The keywords dalam pepatah ini ialah jadda atau maksudnya bersungguh-sungguh. Jadi, sejauh mana kita sudah mengamalkan pepatah ini,  sejauh kita bersungguh-sungguh?
Jawablah persoalan  ini dalam hati kita dengan ikhlas. Ukurlah diri kita tanpa dalih tanpa alasan (jika bersungguh-sungguh ingin maju).....
  • Sudahkah kita bersungguh-sungguh melihat peluang?
  • Sudah berapa kali kita gagal dan bangkit mencuba lagi?
  • Seberapa gigih dan tabah kita dalam mencari solusi masalah?
  • dan sebagainya.

“Tapi saya…” jika kita masih suka mengatakan “tapi” sebagai dalih tidak berusaha, ertinya kita belum bersungguh-sungguh. Mungkin dalih kita benar, tetapi kita tidak akan meraih apa yang kita inginkan....
Semua orang memiliki potensi yang sama, yang berbeza ialah sejauh mana kita menggunakan potensi tersebut. Sejauh mana kita menanamkan man jadda wa jada dalam kehidupan kita.


special thanks to Alif Izdihar for the McD

Sunday, 14 October 2012

Ukhwah or Friendship?



سم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم



Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Kai berpeluang untuk menaip sepatah dua kata sebagai entery baru di blog ini setelah tebiar usang selama beberapa bulan yang lalu...

Kalian semua sihat? jika ya, Alhamdulillah.. jika sakit.. bersabarlah sayang... Allah rindu mendengar rintihan dari hambanya yang beriman dan bertaqwa...
Even kai sendiri baru sahaja pulih dari demam yang tak seberapa beberapa hari lepas.. Alhamdulillah masih berluang mengecapi nikmat kesihatan yang Allah kurniakan..



Dalam penulisan kali ini, 
Kai ingin menceritakan pasal ukhwah or persaudaraan..
Banyak perkara-perkara yang berlaku akhir-akhir in yang merapatkan ukhwah kita..

Jika Kai kata  Persaudaraan itu bermula dengan Persahabatan..
dan Persaudaraan yang ikhlas bermula dengan bersangka baik hingga mencapai tahap mengutamakan sahabat (saudara) melebihi diri sendiri dalam apa jua kepentingan semata-mata meraih redhaNya = UKHWAH FILLAH...... kalian setuju tak?


"Sahabat kita adalah ujian buat kita dan kita adalah ujian buat sahabat kita"


Hakikatnya.............
Sekarang Kai berusaha untuk menjadikan persahabatan aku dengan sesiapa sahaja ke arah persaudaraan kerana Ilahi...

Terima kasih buat mereka yang memberi semangat kepada diri ini saat jatuh..
Terima kasih juga buat yang mengingatkan diri ini supaya solat diwaktunya...
Terima kasih buat yang menenangkan diri ini tatkala air mata jatuh menyembah bumi..
Terima kasih buat mereka yang menyenangi kehadiran diri ini yang kadangkala tak mampu mengawal emosi dan perasaanya..

semoga ukhuwah yang kita jalin kekal ke syurga Ilahi....

With motivated classmate... love you all...

With supporting housemates..... 

either they near or far away...........

We'll be always together... InsyaAllah