Sunday, 14 October 2012

Ukhwah or Friendship?



سم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم



Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Kai berpeluang untuk menaip sepatah dua kata sebagai entery baru di blog ini setelah tebiar usang selama beberapa bulan yang lalu...

Kalian semua sihat? jika ya, Alhamdulillah.. jika sakit.. bersabarlah sayang... Allah rindu mendengar rintihan dari hambanya yang beriman dan bertaqwa...
Even kai sendiri baru sahaja pulih dari demam yang tak seberapa beberapa hari lepas.. Alhamdulillah masih berluang mengecapi nikmat kesihatan yang Allah kurniakan..



Dalam penulisan kali ini, 
Kai ingin menceritakan pasal ukhwah or persaudaraan..
Banyak perkara-perkara yang berlaku akhir-akhir in yang merapatkan ukhwah kita..

Jika Kai kata  Persaudaraan itu bermula dengan Persahabatan..
dan Persaudaraan yang ikhlas bermula dengan bersangka baik hingga mencapai tahap mengutamakan sahabat (saudara) melebihi diri sendiri dalam apa jua kepentingan semata-mata meraih redhaNya = UKHWAH FILLAH...... kalian setuju tak?


"Sahabat kita adalah ujian buat kita dan kita adalah ujian buat sahabat kita"


Hakikatnya.............
Sekarang Kai berusaha untuk menjadikan persahabatan aku dengan sesiapa sahaja ke arah persaudaraan kerana Ilahi...

Terima kasih buat mereka yang memberi semangat kepada diri ini saat jatuh..
Terima kasih juga buat yang mengingatkan diri ini supaya solat diwaktunya...
Terima kasih buat yang menenangkan diri ini tatkala air mata jatuh menyembah bumi..
Terima kasih buat mereka yang menyenangi kehadiran diri ini yang kadangkala tak mampu mengawal emosi dan perasaanya..

semoga ukhuwah yang kita jalin kekal ke syurga Ilahi....

With motivated classmate... love you all...

With supporting housemates..... 

either they near or far away...........

We'll be always together... InsyaAllah
  

1 comment: