سم الله الر حمن الر حيم.
اسلام عليكم
Semalam baru berbicara pasal hayat hidup kita di dunia ini...
Kai ada memetik kata-kata seorang sahabat lama bahawa, hayat kita di dunia seketika sahaja waktunya..
Ia umpama waktu senggang di antara azan dan solat...
"Kita lahir disambut dengan azan . Apabila kita mati kita di solatkan .Alangkah pendeknya hidup kita jika hidup kita antara azan dan solat.."
Jika di fikirkan sejenak, memuhasabah diri ini... benarlah ungkapan di atas.... Hayat kita di antara azan dan solat sahaja...
Pada petang yang bergerimis ini, seorang bapa saudara saya yang saya kasihi telah kembali ke Rahmatullah dalam satu kemalangan jalan raya...
Allah lebih meyayangi hambaNya itu...
Kematian satu kepastian. Ketetapan yang jika telah datang waktunya, tak satu pun makhluk yang mampu menangguhkannya..Kematian ini ada dua jenis:
· Husnul
Khatimah (Penamat yang baik)
· Su’ul
Khatimah (Penamat yang buruk)
Mati secara husnul khatimah, yakni suatu kematian dalam
keadaan beriman kepada Allah, dengan kehidupannya yang dedikasi mengikuti
segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Mati secara su’ul
khatimah pula ialah mati dalam keadaan ingkar kepada Allah, dengan kehidupannya
yang ingkar kepada perintah Allah dan melakukan segala yang Allah larang.
Jika kita, kita mahu mati yang bagaimana? Hidup itu memang,
mati itu pasti. Adakah kita yakin kita boleh bernafas pada keesokan hari dan
berbangga akan dosa pada hari ini? Kai tinggalkan persoalan ini buat semua
agar kita mampu untuk bermuhasabah diri. Moga iman dan amal tertingkat demi
meraih pengakhiran yang baik (husnul khatimah).
Al-Fatihah buat Allahyarham....
Satu nasyid yang mungkin boleh kita bermuhasabah diri...
No comments:
Post a Comment